Sabun Marigold (Calendula) ini diperbuat dari ekstrak bunga Marigold.(bunga marigold hanya terdapat dikawasan musim sejuk dan ia di panggil dengan nama bunga empat musim atau nama saintifiknya, calendula) Ia diproses secara tradisional (hand-made) dan dijamin mutu serta kebersihannya. Ia amat sesuai digunakan tidak kira peringkat usia.

Cara Penggunaan Sabun

Untuk merawat kudis dan gatal setempat, gunakan sabun Marigold. Sapukan buih pada kudis atau kawasan kulit yang gatal. Biarkan sehingga kering. Sabun ini juga berkesan untuk penyakit ekzema. Bagi bayi yang bermasalah dengan ruam lampin, gunakan sabun ini semasa mandi. Lihatlah kesannya insya-Allah akan kering dalam masa dua hari.

0 comments:

Post a Comment