Sabun ini diproses secara manual dan mengambil masa yang agak lama selama dua hingga tiga minggu untuk mendapatkan hasil yang berkualiti berbanding sabun yang menggunakan mesin atau bahan kemikal. Sabun ini tidak menggunakan SOAP CHIP dan SLS (agen buih) kerana sabun ini mengeluarkan buih secara semulajadi dari gabungan minyak kelapa (cool press) dan lemak sawit. Bahan yang digunakan adalah dari bahan yang bersih dan berkualiti serta tiada lemak atau gelatin haiwan.

Sabun ini mengeluarkan buih yang lembut dan selamat untuk digunakan untuk semua jenis kulit dan ditambah dengan herba terpilih untuk merawat kulit yang bermasalah. Di antara kandungan bahan asas sabun hand-made ini adalah minyak kelapa (cool press) minyak canola, minyak kelapa sawit dan minyak zaitun (olive oil). Sabun ini tiada kesan sampingan dan selamat digunakan. Setiap bahan yang digunakan adalah suci dan halal dan anda tidak perlu ragu-ragu menggunakan sabun ini.

0 comments:

Post a Comment